Ahad, 4 Oktober 2015

sebagai seorang guru, atau murabbi?

andaikata Rasulullah masih ada, adakah baginda akan berbangga dgn umatnya ini?
mungkin ya, mungkin jugak tidak.mungkin jugak baginda sedih dengan umatnya yang kian jauh dr Allah.
dan akulah yg termasuk salah seorang umatnya itu.

terkadang culas dlm mentaati perintah-perintah Allah.kalau tidak culas, mungkin jugak kualitinya tidak sehebat mana.

dan bertanyalah semula pd diri sendiri, jika esok dijemput Ilahi, adakah sudah kita berpuas hati dengan apa yg kita lakukan seperti yg diperintahkan oleh Allah?

ibadah kita banyak lompong di sana sini. tanda lemahnya kita sbg hamba Allah dan sedar diri sbg manusia biasa.

dunia umpama ilusi. namun jgn tertipu; bekerjalah sebaik-baiknya di dunia ini dgn hny mengharapkan keredhaan Allah.

jadi apabila dikatakan hny mencari keredhaan Allah, pastilah kita akan hadiahkan sesuatu yg terbaik dan terindah utk Tuhan kita, Allah.

kita juga tdk akan peduli dgn apa yg dikatakan oleh manusia kerana niat kita hny kerana Allah.

dari situ, tanpa disedari, Allah akan membantu hamba-hamba-Nya yg ikhlas kerana-Nya dengan memeliharanya dalam apa juga situasi.

namun jika dalam kesusahan, itu tandanya Allah sedang menguji, supaya makin meningkat iman kpd-Nya.

segala-galanya penentu akhirnya ialah Allah,walau sehebat mana pun usaha kita.

dengan nama Allah, mudah-mudahan dgn kerjaku ini dapat membawa anak-anak kecil itu kepada-Mu.




Tiada ulasan: