Ahad, 11 Oktober 2015

lembut,bukan lemah

wanita, fitrahnya adalah kelembutan.

bukan lembut menggoda dgn bahasa tubuh, bukan lembut menyindir dgn mulutnya, bukan lembut meraih perhatian.

tapi lembut yg tenang tanpa menyakiti hati manusia lain.

lembut sbg tanda adab sopan seperti yg diajar oleh Allah dan Rasul-Nya.

lembut dan tenang perilaku, tapi kuat jiwanya.

kuat berpegang pd agama, kerana yakin bahawa hanya Islam yg dpt mengangkat martabat seorang wanita.

dgn Islam, kedudukan wanita sgt dimuliakan. wanita utk dilindungi, bukan dijadikan bahan perhiasan atau mainan.

dgn Islam, harga diri wanita sgt bernila, maruahnya bukan utk dipijak-pijak...

dgn keimanan kpd Allah itulah wanita mengendali dirinya dan berperanan dlm masyarakat.

seperti lirik lagu hijjaz ini, yg sangat mendalam maknanya; menggambarkan fitrah seorang wanita yg digabungkan dgn keimanannya kpd Allah...


Tajuk: Puteriku Sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Ahad, 4 Oktober 2015

sebagai seorang guru, atau murabbi?

andaikata Rasulullah masih ada, adakah baginda akan berbangga dgn umatnya ini?
mungkin ya, mungkin jugak tidak.mungkin jugak baginda sedih dengan umatnya yang kian jauh dr Allah.
dan akulah yg termasuk salah seorang umatnya itu.

terkadang culas dlm mentaati perintah-perintah Allah.kalau tidak culas, mungkin jugak kualitinya tidak sehebat mana.

dan bertanyalah semula pd diri sendiri, jika esok dijemput Ilahi, adakah sudah kita berpuas hati dengan apa yg kita lakukan seperti yg diperintahkan oleh Allah?

ibadah kita banyak lompong di sana sini. tanda lemahnya kita sbg hamba Allah dan sedar diri sbg manusia biasa.

dunia umpama ilusi. namun jgn tertipu; bekerjalah sebaik-baiknya di dunia ini dgn hny mengharapkan keredhaan Allah.

jadi apabila dikatakan hny mencari keredhaan Allah, pastilah kita akan hadiahkan sesuatu yg terbaik dan terindah utk Tuhan kita, Allah.

kita juga tdk akan peduli dgn apa yg dikatakan oleh manusia kerana niat kita hny kerana Allah.

dari situ, tanpa disedari, Allah akan membantu hamba-hamba-Nya yg ikhlas kerana-Nya dengan memeliharanya dalam apa juga situasi.

namun jika dalam kesusahan, itu tandanya Allah sedang menguji, supaya makin meningkat iman kpd-Nya.

segala-galanya penentu akhirnya ialah Allah,walau sehebat mana pun usaha kita.

dengan nama Allah, mudah-mudahan dgn kerjaku ini dapat membawa anak-anak kecil itu kepada-Mu.