Sabtu, 5 September 2015

belumkah datang waktunya?

sehela.
dua hela.
tiga hela.


nafas masih berjalan.seiring dengan perjalanan masa.manusia terus menerus melakukan pekerjaan sendiri, dengan amal-amalnya terus dicatat.

aku pernah ditanya abangku;

"cuba tengok manusia di sekeliling ni,ada yang nak pergi pasar,ada yang nak selesaikan urusan lain, tapi hakikatnya masing-masing nak ke mana?"

bila abangku bertanya macam tu, aku pasti jawapannya lain seperti yang dijangkakan.

maka aku jawab;

"nak buat urusan masing-masing la..."

balas abangku;

"sebenarnya masing-masing sedang menuju ke kubur".

ya. betullah tu saudaraku.aku menginsafi hakikat hidup ini. hari ini boleh saja sihat, esok mungkin sudah berada di bawah tanah.

hari ini boleh saja bergelak ketawa menikmati hidup, esok mungkin pada waktu yang sama sedang dikafankan.

tidak terjangka apa yang berlaku walau dalam 2 3 saat akan datang, kerana malaikat maut sentiasa menanti masa yang tepat untuk menjalankan tanggungjawabnya.

sedang kita semua adalah pendosa, yang tidak henti-henti melakukan dosa. sekalipun manusia melihat kita manusia yang sempurna, hakikatnya hanya kerana ditutup keaiban kita oleh Allah.:(

jika letih dalam mujahadah ini, rehatkanlah diri dengan kepasrahan kpd Allah. bermunajatlah kpd-Nya di keheningan sepertiga malam. adukanlah segala ketidakmampuan kita sbg hamba-Nya pada masa-masa keemasan itu. alangkah indahnya ketika itu dengan pengaduan seorang hamba kpd pencipta-Nya tanpa ada mana-mana gangguan.

pada masa itulah Allah melatih keikhlasan.keikhlasan mengakui bahawasanya kita hanya hamba yang tak punya apa-apa,makhluk lemah yang perlukan Allah sepanjang masa.




Tiada ulasan: