Jumaat, 14 Ogos 2015

Tentang Hamba

ada cerita tentang hamba. hamba pada siapa?pada rabbnya;Allah.

apabila menjadi hamba Allah, di situ terasa manisnya iman.dengan kemanisan iman itulah yg akan menuntun hidup seseorang itu sehingga bertemu dengan Allah.

beratkah menjadi hamba Allah?ya,terasa berat secara zahir, namun hakikatnya ringan secara batin. menjadi hamba itu bermaksud jiwa diserahkan sepenuhnya kpd Allah tanpa ada rasa ingin bergantung pd yg selain-Nya.

itulah kebebasan yg sebenar.

iman adalah sesuatu yg perlu diusahakan, jika tidak iman akan layu tdk bermaya. maka tidaklah hairan apabila anak nabi Nuh misalnya tdk mahu beriman kpd Allah.

perjalanan ini akan terasa jauh jika kita fikir ajal itu masih jauh.jgn begitu, mungkin saja esok lusa akan dijemput.tika itu tidaklah kita akan dpt meminta kembali ke dunia lg utk menambah amal.

sebaliknya perjalanan akan terasa singkat sahaja jika diyakini bila-bila masa saja Allah akan memanggil pulang. maka jika saat itu dunia ditinggalkan dalam keimanan,masyaAllah,bahagianya terasa.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umatku suatu zaman yg mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".

(H.R. Tirmizi)

itulah hakikat kehidupan masa ini.:)

tiada yg mudah dlm mencari redha dan syurga Allah. berbaloikah hny dgn bersenang-lenang tanpa sakitnya mengharungi pahit maung pd jalan Allah dan akhirnya m'dpt syurga?.pastilah tidak.tiada juga kemanisan berjuang pd jalan Allah.

tp dengan hempas pulas maka akan terasa manis pd akhirnya. meniti jalan kebenaran yg bukan ditaburi dgn intan permata, sanjungan dan ganjaran bahkan sebaliknya dengan air mata,letih, penat malah para sahabat dgn darah pula. tp hakikatnya mereka berjaya.

pengharapan pd-Nya lah kunci segala-galanya.mengharap spy dibimbing dlm amal dan ketaatan, mengaharap spy dihindarkan drpd perbuatan yg jahat dan sebagainya.

alangkah,alangkah,alangkah...

dan alangkah...

bahagianya jika dpt mencapai jiwa mukmin...JIWA MUKMIN...


   

Tiada ulasan: