Sabtu, 29 Ogos 2015

perjumpaan yg membahagiakan


apabila telah sampai masanya.
utk jasad meninggalkan dunia.
yg bermanfaat hanyalah amal2 baik dan ikhlas kerana Allah.
akan terasa indahlah pd akhirnya.
kerana jerih payah di dunia telah dilalui.
dengan penuh kesabaran,
kebergantungan kpd Allah,
penyerahan diri sbg hamba kpd pencipta.


diri hanyalah masa-masa yg berlalu,
hari demi hari baki usia yg tinggal semakin berkurang,
namun jiwa yg bersama Ilahi akan segar hingga ke hari tua,
mengharap husnul khotimah,
walau sedar tidaklah kerana amal,
namun kerana rahmat-Nya.


jangan disakiti hati yg masih hidup,
kerana akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari,
jangan kecewa andai terguris rasa,
memaafkan itu lebih membahagiakan,
lagi disayangi oleh-Nya.


andai ditunda-tunda berbuat baik,
dikhuatiri tidak sempat pula,
jika malaikat maut datang pada masanya,
alangkah sesal tidak berguna.


berbekal iman yg tidak seteguh karang,
namun sedar punya pencipta yg Maha Penyayang,
tegakkanlah Islam dlm diri dgn cinta dan kasih sayang,
maka keharuman Islam akan tersebar pd mereka di sekeliling.


menyayangi diri dan mereka di sekeliling adalah dgn mengamalkan Islam sungguh2.kemudian lihatlah Allah akan memperbaiki hubungan kita sesama makhluk.Allahuakbar.Maha Suci Allah.


Tiada ulasan: