Ahad, 12 Julai 2015

Adakah tulus imanmu?

coret-coret di sini bertujuan.coret-coret di sini adalah luahan hati spy hati ini tdk lekang drpd mengingati-Nya. kerana kadangkala tdk punya teman utk bercakap soal menyuburkan iman.

apabila terasa keseorangan dlm meniti kehidupan yg tak sunyi drpd tarbiah Allah, maka tika itu imanlah yg menjadi kompasnya.

apabila yg direncana tak menjadi seperti yg diharapkan, maka tika itulah iman menjadi kemudi diri.

apabila terasa tersisih dlm menegakkan kebenaran, maka imanlah yg menjadi akar utk tetap teguh dan berdiri.

apabila segala kebaikan tdk lagi dihargai, maka tika itulah iman menjadi hero menyelamatkan keputusasaan.

apabila langkah terasa berat utk terus istiqamah pd jalan-Nya, maka imanlah yg memujuk spy terus ke hadapan.

apabila terasa payah memulakan satu2 amal baik, maka tika itulah iman menghulurkan tangan sambil memberi kata2 semangat dlm usaha menjadi hamba-Nya yg sebenar.

IMAN...
walau mungkin saja tdk begitu bernilai pd pandangan yg lain, tp bagi hamba-Nya yg lemah, terasa terlalu tinggi nilainya, hingga tiada apapun tukarannya di dunia ini. walau kadangkala kenalan rapat juga blh meninggalkan apabila kita mula serius dalam agama-Nya,maka tika itu iman akan teruji,jujur atau tidak amalmu kerana Allah.

walau seorang diri mengislah diri dan mereka di sekeliling, tetapkanlah i'tiqad suci itu.
 kerana, kalau bukan hari ni, mungkin esok, kalau bukan esok, mungkin lusa dan hari seterusnya, Malaikat Izrail akan datang menjemput,pulang ke tempat asal kita.

berapa ramai yg sudah habis umurnya pd usia yg muda, sedang masih banyak impiannya belum tercapai.muda bukan jaminan utk tdk mati,tua bukan jaminan utk hidup lebih lama lagi.

hari ini Ramadhan sudah hr ke-25.sekejap saja lagi Ramadhan akan melangkah pergi. masihkah ada sinar utk tahun hadapan?adakah al-qadr sudah kutemui?
sungguh...ku tak punya jawapan utk semua itu.

membaca ayat suci ini, hatiku terasa damai...
"sesungguhnya penolong kamu hanyalah ALLAH , rasul-Nya dan org yg beriman, yg mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kpd ALLAH"
al-maidah,55.

pada-Mu, kuserahkan jiwa ini.




Tiada ulasan: