Ahad, 26 Julai 2015

10 Syawal 1436H

hari ni dah 10 syawal.dah 10 hari ramadhan berlalu.

mudah-mudahan diberi kekuatan dan kesempatan puasa 6.

puasa 6,selepas berpuasa sebulan pd bulan ramadhan, ibarat berpuasa setahun.mashaallah.banyaknya pahala Allah sediakan utk hamba-hamba-Nya.

jalan utk berbuat baik sentiasa terbuka luas. namun,balik pd diri sendiri,sama ada kita nak atau tidak.itu saja.

kesian pd kita, kerana utk berbuat baik saja masih perlukan Allah utk beri kekuatan. padahal ganjaran berbuat baik itu pun Allah yg bagi.Maha Suci Allah yg tak perlukan apapun drpd hamba-hamba-Nya,sedangkan hamba-Nya lah yg perlukan Allah sepanjang masa.

kuimpikan husnul khatimah, agar kudapat masuk ke syurga-Nya.itulah kejayaan yg hakiki.kejayaan di dunia tiada apa-apa jika tidak beriman dan beramal soleh, sedang itulah tiket utk berjaya di akhirat.

dunia;hanya fatamorgana.ramai yg mendefinisikan kejayaan seperti pangkat yg tinggi, wajah yg cantik, pengikut yg ramai, harta yg melimpah-ruah dan sebagainya. namun pada pandangan Allah itu semua tdk menjamin selagi tiada iman dan amal soleh.

mudah-mudahan dgn baki umur yg ada, kumasih dapat berbuat baik, memperbaiki amalku, menambah saham-saham akhirat, menjadi mulia pd pandangan Allah.

kupinta pd Allah semoga Dia melindungiku drpd fitnah dunia, agar segalanya dpt kulalui hingga ke penghujung usia dgn iman.

kuingin menjadi muslimah sebenar, yg bersih zahir dan batinnya drpd dosa, cantik pd pandangan Allah. Apabila Allah telah sayang, maka itulah kebahagiaan yg hakiki. Allahlah yg akan terus-terusan memimpin dan menjadi tempat sandaran dlm mengharungi kehidupan di dunia ini.

andai semua org redha pd kita tp Allah tidak apakah yg kita dapat?
andai Allah redha pd kita tp tiada siapa yg redha pd kita, apakah yg kita rugi?

tika berhadapan dgn wajah sebenar dunia, maka tika itulah dunia akan membongkar watak sebenar kita. jangan berpatah balik, kerana sememangnya utk melalui jalan ini tiada jaminan kesenangan, sebaliknya penuh kesukaran dan pengorbanan.


Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Tatkala Allah s.w.t menciptakan Syurga dan Neraka diutuskan Jibril ‘Alaihis Salaam pergi ke Syurga seraya berkata: Lihatlah padanya (Syurga) dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.
Maka ia melihatnya lalu pulang semula dan berkata: Demi kemuliaan-Mu, tidaklah seorang mendengar mengenainya melainkan dia akan memasukinya.
Kemudian diperintahkan agar diliputi (Syurga) dengan kesukaran, lalu Allah s.w.t berkata: Pergi dan lihatlah ia, dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.
Jibril pun melihat Syurga itu dalam keadaannya dipenuhi segala kesukaran dan berkata: Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.

itulah hakikat sebenar. syurga; kalau betul hendakkannya, maka di dunia inilah tempat perjuangan habis-habisan, dan bagi mukmin, utk membolehkannya melalui apa sahaja di dunia ini, sandarannya hanyalah Allah.

andai sampai esok sahaja baki umur kita, maka sampai esok sahajalah perjuangan ini. :)

dalam setiap episod hidup, walau disulami air mata, namun tetap akan indah akhirnya jika yg dilakukan kerana Allah. kerana, Allah Maha Mengetahui apa yg ada dalam dada manusia, jika baik niat kita, maka pastilah Allah akan mengganjari dengan kebaikan juga. namun jika sememangnya hati kita ada keburukan, tentulah keburukan juga yg akan diperolehi.

semoga jiwa ini tetap utuh pd jalan Allah.

Tiada ulasan: