Ahad, 26 Julai 2015

10 Syawal 1436H

hari ni dah 10 syawal.dah 10 hari ramadhan berlalu.

mudah-mudahan diberi kekuatan dan kesempatan puasa 6.

puasa 6,selepas berpuasa sebulan pd bulan ramadhan, ibarat berpuasa setahun.mashaallah.banyaknya pahala Allah sediakan utk hamba-hamba-Nya.

jalan utk berbuat baik sentiasa terbuka luas. namun,balik pd diri sendiri,sama ada kita nak atau tidak.itu saja.

kesian pd kita, kerana utk berbuat baik saja masih perlukan Allah utk beri kekuatan. padahal ganjaran berbuat baik itu pun Allah yg bagi.Maha Suci Allah yg tak perlukan apapun drpd hamba-hamba-Nya,sedangkan hamba-Nya lah yg perlukan Allah sepanjang masa.

kuimpikan husnul khatimah, agar kudapat masuk ke syurga-Nya.itulah kejayaan yg hakiki.kejayaan di dunia tiada apa-apa jika tidak beriman dan beramal soleh, sedang itulah tiket utk berjaya di akhirat.

dunia;hanya fatamorgana.ramai yg mendefinisikan kejayaan seperti pangkat yg tinggi, wajah yg cantik, pengikut yg ramai, harta yg melimpah-ruah dan sebagainya. namun pada pandangan Allah itu semua tdk menjamin selagi tiada iman dan amal soleh.

mudah-mudahan dgn baki umur yg ada, kumasih dapat berbuat baik, memperbaiki amalku, menambah saham-saham akhirat, menjadi mulia pd pandangan Allah.

kupinta pd Allah semoga Dia melindungiku drpd fitnah dunia, agar segalanya dpt kulalui hingga ke penghujung usia dgn iman.

kuingin menjadi muslimah sebenar, yg bersih zahir dan batinnya drpd dosa, cantik pd pandangan Allah. Apabila Allah telah sayang, maka itulah kebahagiaan yg hakiki. Allahlah yg akan terus-terusan memimpin dan menjadi tempat sandaran dlm mengharungi kehidupan di dunia ini.

andai semua org redha pd kita tp Allah tidak apakah yg kita dapat?
andai Allah redha pd kita tp tiada siapa yg redha pd kita, apakah yg kita rugi?

tika berhadapan dgn wajah sebenar dunia, maka tika itulah dunia akan membongkar watak sebenar kita. jangan berpatah balik, kerana sememangnya utk melalui jalan ini tiada jaminan kesenangan, sebaliknya penuh kesukaran dan pengorbanan.


Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Tatkala Allah s.w.t menciptakan Syurga dan Neraka diutuskan Jibril ‘Alaihis Salaam pergi ke Syurga seraya berkata: Lihatlah padanya (Syurga) dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.
Maka ia melihatnya lalu pulang semula dan berkata: Demi kemuliaan-Mu, tidaklah seorang mendengar mengenainya melainkan dia akan memasukinya.
Kemudian diperintahkan agar diliputi (Syurga) dengan kesukaran, lalu Allah s.w.t berkata: Pergi dan lihatlah ia, dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.
Jibril pun melihat Syurga itu dalam keadaannya dipenuhi segala kesukaran dan berkata: Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.

itulah hakikat sebenar. syurga; kalau betul hendakkannya, maka di dunia inilah tempat perjuangan habis-habisan, dan bagi mukmin, utk membolehkannya melalui apa sahaja di dunia ini, sandarannya hanyalah Allah.

andai sampai esok sahaja baki umur kita, maka sampai esok sahajalah perjuangan ini. :)

dalam setiap episod hidup, walau disulami air mata, namun tetap akan indah akhirnya jika yg dilakukan kerana Allah. kerana, Allah Maha Mengetahui apa yg ada dalam dada manusia, jika baik niat kita, maka pastilah Allah akan mengganjari dengan kebaikan juga. namun jika sememangnya hati kita ada keburukan, tentulah keburukan juga yg akan diperolehi.

semoga jiwa ini tetap utuh pd jalan Allah.

Khamis, 16 Julai 2015

ampunkanku atas ketidaksempurnaan iman ini.

astaghfirullah atas ketidaksempurnaan ini.
astaghfirullah atas hati yg belum suci.
astaghfirullah atas dosa2 batin yg tersembunyi.

pd hr esok,ialah hr ry aidilfitri.
tp adakah aku btl2 sdh kembali kpd fitrah dgn sebenar2 fitrah?

diriku msh banyak ketirisan iman.tp masih diberi ruang dan peluang utk bertaubat.mgkn saja dilihat elok pd pndgn manusia,hakikatnya hny krn aib2 yg ditutup oleh Yang Maha Esa.

selepas ramadan,adakah tarbiah ramadan masih dpt kupegang utuh?jiwa manusia lemah sepertiku perlu pd pegangan utuh utk kutegakkan Islam dlm dr ini.

selalu,kuingin melepaskan jiwa sebebas-bebasnya kpd Allah.kerana tdk kumampu memegangnya bersandarkan kekuatan dr sendiri.

ampunkanku atas ketidaksempurnaan iman ini.:(

Ahad, 12 Julai 2015

Adakah tulus imanmu?

coret-coret di sini bertujuan.coret-coret di sini adalah luahan hati spy hati ini tdk lekang drpd mengingati-Nya. kerana kadangkala tdk punya teman utk bercakap soal menyuburkan iman.

apabila terasa keseorangan dlm meniti kehidupan yg tak sunyi drpd tarbiah Allah, maka tika itu imanlah yg menjadi kompasnya.

apabila yg direncana tak menjadi seperti yg diharapkan, maka tika itulah iman menjadi kemudi diri.

apabila terasa tersisih dlm menegakkan kebenaran, maka imanlah yg menjadi akar utk tetap teguh dan berdiri.

apabila segala kebaikan tdk lagi dihargai, maka tika itulah iman menjadi hero menyelamatkan keputusasaan.

apabila langkah terasa berat utk terus istiqamah pd jalan-Nya, maka imanlah yg memujuk spy terus ke hadapan.

apabila terasa payah memulakan satu2 amal baik, maka tika itulah iman menghulurkan tangan sambil memberi kata2 semangat dlm usaha menjadi hamba-Nya yg sebenar.

IMAN...
walau mungkin saja tdk begitu bernilai pd pandangan yg lain, tp bagi hamba-Nya yg lemah, terasa terlalu tinggi nilainya, hingga tiada apapun tukarannya di dunia ini. walau kadangkala kenalan rapat juga blh meninggalkan apabila kita mula serius dalam agama-Nya,maka tika itu iman akan teruji,jujur atau tidak amalmu kerana Allah.

walau seorang diri mengislah diri dan mereka di sekeliling, tetapkanlah i'tiqad suci itu.
 kerana, kalau bukan hari ni, mungkin esok, kalau bukan esok, mungkin lusa dan hari seterusnya, Malaikat Izrail akan datang menjemput,pulang ke tempat asal kita.

berapa ramai yg sudah habis umurnya pd usia yg muda, sedang masih banyak impiannya belum tercapai.muda bukan jaminan utk tdk mati,tua bukan jaminan utk hidup lebih lama lagi.

hari ini Ramadhan sudah hr ke-25.sekejap saja lagi Ramadhan akan melangkah pergi. masihkah ada sinar utk tahun hadapan?adakah al-qadr sudah kutemui?
sungguh...ku tak punya jawapan utk semua itu.

membaca ayat suci ini, hatiku terasa damai...
"sesungguhnya penolong kamu hanyalah ALLAH , rasul-Nya dan org yg beriman, yg mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kpd ALLAH"
al-maidah,55.

pada-Mu, kuserahkan jiwa ini.




Isnin, 6 Julai 2015

Pendidikkah daku?

pada dinihari sunyi dlm bulan yg mulia ini.daku masih bersengkang mata bermuhasabah diri sebagai manusia biasa.

kini daku seorang pendidik.pendidik;lebih mendalam maknanya.bukan sekadar guru.bukan sekadar cikgu biasa.pendidik itu bila didengar perkataannya seolah-olah lebih tulus dan ikhlas.
cuma persoalannya, mampukah daku menjadi pendidik yg sebenar pada pandangan ALLAH?

tidak juga kupunya jawapan.tapi daku sedari yg kuperlu berusaha ke arah itu. kerja ini dijadikan ibadah, dan alat utk mencapai keredhaan-Nya.gaji yg diterima bukan sekadar memenuhi keperluan sendiri, namun turut memenuhi hak-hak orang lain.

andainya dgn pekerjaan ini kubisa mendekatkan diri pada Dia, maka itulah yg kuhajatkan. andai dengan pekerjaan ini kubisa berinfak, maka itulah yg kuhajatkan. pada-Nya kumemohon kekuatan dlm amal yg mampu kulaksanakan.

kiranya dgn pekerjaan ini daku dapat membantu mereka yg memerlukan, maka berbesar hatilah kumenyambutnya.hanya dgn memberi krn Allah akan dpt kepuasan yg hakiki.

ini bulan ramadan,tp ramadan semakin ingin pergi meninggalkanku dan umat Islam yg lain.bulan ini bulan kejujuran, bulan kesabaran, bulan ketaqwaan.kiranya bisa kutemui lailatulqadar thn ni, maka alangkah bahagianya diriku.

andainya ramadan ini ramadan terakhir,adakah aku sudah mempersembahkan yg terbaik kpd-Nya?

:(