Khamis, 28 Mei 2015

Kebahagiaan yang Sebenar

Assalamualaikum.

Tiap-tiap orang ada tafsiran yang berbeza mengenai maksud bahagia. sebab apa? sebab masing-masing mengalami pengalaman hidup yang berbeza; yang boleh meninggalkan kesan pada suasana hati.

Untuk aku pula, bagaimana?
Beginilah kehidupan, setiap hari yang kita lalui dicorakkan dengan pelbagai kejadian dalam skrip takdir yang Allah dah tentukan. tentunya, yang diinginkan adalah kebahagiaan semata. namun, bukan namanya hidup kalau tak ada onak duri, pahit maung. lalu aku selalu berfikir, jadi, bila masanya manusia boleh merasa bahagia?

Rupa-rupanya...
bahagia itu terletak dalam hati seorang manusia yang merasakan bahawa dirinya hanya hamba, yang punya pencipta untuk dia mengadu tentang apa-apa yang dilaluinya sepanjang hari.

"Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah,152)

Rupa-rupanya...
bahagia itu terletak pada pengorbanan jiwa dalam melakukan segala syariat Allah dan cuba untuk hampir pada-Nya pada setiap masa.berusaha melawan godaan nafsu, bisikan syaitan dan segala kemungkaran.

"sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan".(an-nahl,128)

Rupa-rupanya...
bahagia itu terletak pada jiwa yang ingin memberikan yang terbaik dalam apa-apa jua kebaikan yang dilakukan, kerana tanda keikhlasan hati adalah apabila kita memberikan yang terbaik dalam satu-satu amal yang dilakukan.

"jika kamu meminjamkan kepadan Allah dgn pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan(balasan) untukmu dan mengampunkan kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, lagi Maha Penyantun".(al-taghabun,557)